Ujian Akhir Akademik Bahasa Melayu Tahun 1
Perkongsian kali ini berkenaan dengan ujian akhir akademik Bahasa Melayu Tahun 1.
KPM melaksanakan peperiksaan berformat ujian akhir akademik UASA hanya untuk murid tahap 2 dan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah.
Kebaikan peperiksaan adalah ia dapat menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.
Dalam konteks sekolah, peperiksaan merupakan salah satu bentuk pentaksiran yang digunakan oleh guru untuk menilai pencapaian murid secara sistematik. Menurut Abdul Aziz (2000), tujuan penilaian sumatif dilaksanakan adalah untuk mengukur pengetahuan murid terhadap sesuatu yang telah dipelajari ketika berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa kepentingan pelaksanaan peperiksaan akhir tahun yang diimplementasikan sebagai medium penilaian di sekolah.
Peperiksaan juga merupakan penilaian sumatif adalah penting untuk menentukan dan mengukur hasil pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran secara lebih terperinci. Peperiksaan bulan ogos ini menginterpretasikan pencapaian murid dalam bentuk kuantitatif iaitu dalam bentuk perwakilan data yang lebih jelas.
Pelaksanaan di sekolah adalah penting bagi membolehkan guru melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan seawal tahun bermula. Menerusi pelaksanaan ini, guru dapat melihat tahap pencapaian murid secara berdasarkan skor dan gred yang murid peroleh dalam ujian tersebut.
Peperiksaan akhir tahun yang juga merupakan penilaian sumatif adalah penting untuk menentukan dan mengukur hasil pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran secara lebih terperinci. Peperiksaan akhir tahun menginterpretasikan pencapaian murid dalam bentuk kuantitatif iaitu dalam bentuk perwakilan data yang lebih jelas. Hal ini demikian kerana, pencapaian murid yang dalam peperiksaan akhir tahun diinterpretasikan dalam bentuk skor dan gred. Menerusi skor dan gred yang telah murid peroleh daripada peperiksaan akhir tahun tersebut, guru boleh menentukan hasil pencapaian murid berdasarkan tafsiran skor dan gred yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan Ujian Akhir Akademik Bahasa Melayu Tahun 1
Ujian Akhir Tahun BM Tahun 1 K1 KSSR Semakan
Soalan PAT kssr semakan 2017 – BM T1 K1-1
BM Tahun 1 – PAT kssr semakan 2017
Ujian Akhir Tahun BM Tahun 1 KSSR Semakan Penulisan
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu join channel whatsap sumberpendidikan di Link Channel Whatsapp
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.