Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara JPA 2021
Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020yang mendapat keputusan sekurang–kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Calon–calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat–syarat yang ditetapkan.Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Tarikh penting permohonan
Calon–calon mestilah memenuhi syarat–syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
Syarat Umum Calon
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang–undang
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana–mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat pertama kali;
- Umur belum mencapai 19tahun (20tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
- Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
Syarat Khusus Calon
- Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang–kurangnya 9A+ dalam mana–mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya(sekiranya ada)
- Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum31 Disember tahun penawaran biasa.
PERMOHONAN
- Permohonan dibuka secara dalamtalian (online)di http://esilav2.jpa.gov.my/bermula 14 Jun 2021 (Isnin) hingga 23Jun 2021 (Rabu).Permohonan ditutup pada 23Jun 2021, jam 5.00 petang.
- Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2021sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.myatau http://esilav2.jpa.gov.my/.
- Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ)yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.Pertanyaan mengenai program tajaandan masalah teknikal boleh dibuat dengan mengemukakan pertanyaan menerusi emel lepasanspm2021@jpa.gov.my (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 14sehingga 23 Jun 2021).
- Sesi soal jawab secara langsungjuga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00 –11.00 pagidan 2.30 –3.30 petangdi pautan meet.google.com/axz–ojpu–fwe. Pautan ini hanya aktif mulai 14sehingga 23 Jun 2021 pada setiap hari bekerja.
Mohon di
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.