Modul Bimbingan Sains Tahun 1 MOBIM
Perkongsian kali ini berkenaan dengan Modul Bimbingan Sains Tahun 1 MOBIM
MOBIM adalah akronim kepada Modul Bimbingan yang dihasikan bertujuan untuk membantu guru memantapkan pelaksanaan KSSR Semakan 2017.
Objektif MOBIM ialah
- membantu guru melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada
- membantu guru memahami kurikulum dan menterjemah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan lebih berkesan.
- Menyokong pelaksanaan kurikulum dengan pelbagai strategi termasuk elemen pembelajaran menyeronokkan
- Memudahkan guru merancang PdP yang lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.
MOBIM Sains Tahun 1 menekankan pembelajaran bermakna melalui pendekatan inkuiri dengan pelbagai strategi dan aktiviti PdP yang menyeronokkan. MOBIM Sains Tahun 1 juga menekankan kepada pembelajaran secara kontekstual, kolaboratif dan penyelesaian masalah secara ansur maju, ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran abad ke-21.
Objektif Modul
Modul ini dibangunkan bagi membantu guru untuk:
1. Melaksanakankurikulumdenganperuntukanwaktusediaada;
2. Menggunakan pendekatan inkuiri melalui pengintegrasian kemahiran saintifik dengan ilmu yang dipelajari;
3. Merancang PdP dengan lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.
Organisasi MOBIM Sains
Panduan yang disediakan dalam MOBIM Sains Tahun 1 adalah berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Sains Tahun 1.
Berikut merupakan Modul Bimbingan Sains Tahun 1 MOBIM
MOBIM SAINS TAHUN 1 Versi BI(1)
MOBIM SAINS TAHUN 1 Versi BC(1)
MOBIM SAINS TAHUN 1 Versi BT(1)
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu join channel whatsap sumberpendidikan di Link Channel Whatsapp
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.