Anugerah dan Pencapaian PBPPP
Bab keenam iaitu anugerah dan pencapaian PBPPP. Terdapat 3 item iaitu anugerah perkhidmatan, anugerah dalam pdp dan jemputan untuk konsultasi dan bengkel.
Item pertama ialah anugerah perkhidmatan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC, Sijil ketokohan semasa hari guru pon dapat digunapakai.
Anugerah sepanjang perkhidmatan
Item kedua pula melibatkan anugerah dalam pdp atau kepimpinan. Ini yang agak meluas. Sebagai contoh, UPSR atau Linus 100% di hujung tahun boleh minta sekolah keluarkan sijil penghargaan. Jika ada menyertai pertandingan, boleh sertakan di dalam ini sama pertandingan penulisan cerpen hari guru ataupun pertandingan inovasi.
Jika program yang kita laksanakan menghasilkan impak positif, boleh juga minta sekolah keluarkan sijil penghargaan. Ataupun pasukan sekolah yang bertanding di luar sekolah dan mendapat kedudukan yang baik pon boleh kita minta sekolah keluarkan surat penghargaan.
Item ketiga adalah jemputan untuk konsultasi, bengkel penulisan dan lain-lain. Yang ini kebanyakan guru fikir sukar nak diperolehi kerana guru guru pakar sahaja yang dijemput untuk bengkel sebegini sebagai ceramah.
Guru sendiri boleh merancang perkara ini seperti mengadakan ladap selepas berkursus untuk guru lain. Ataupun, jika menjadi fasilitator pada program sekolah, kita juga boleh minta sekolah keluarkan surat jemputan dan sijil penghargaan untuk diri kita.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]