Bahan Bukti dalam PDP, Kepimpinan PBPPP
Bahan bukti dalam pdp dan kepimpinan pula meliputi 2 item iaitu sukatan mata pelajaran, rancangan pengajaran dan perancangan strategik dan item kedua ialah contoh hasil kerja.
Bagi item pertama iaitu sukatan mata pelajaran, cetak rancangan pengajaran tahunan dan dskp kemudian letak di dalam fail. PASTIKAN rpt dan dskp tersebut terdapat tandantangan dan cop daripada pihak pentadbir.
Rancangan mengajar pula adalah rph yang dihasilkan oleh guru. Pilih mana-mana subjek dan cetak sekurangnya 1 rph bagi setiap bulan bermula januari hingga november. Kalau boleh, pilih rph yang mempunyai cop semakan daripada pentadbir. Pastikan juga disertakan sekali jadual waktu pdp. Jika terdapat semakan pemantauan oleh fasilinus dan cerapan oleh pentadbir, photostat helaian tersebut.
Perancangan strategik ini melibatkan pelan tindakan yang dilaksanakan oleh guru sama ada melalui panitia ataupun sebagai guru penasihat kokurikulum. Sertakan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun semasa sebagai bahan bukti.
Item kedua pula adalah contoh hasil kerja murid. Photostat pelbagai hasil kerja murid yang telah disemak pada pelbagai subjek yang diajar oleh kita. Buat divider untuk asingkan hasil kerja mata pelajaran dan tahun. Biasanya, pilih hasil kerja murid yang cantik dan mempunyai semakan daripada guru
Jika terdapat borang semakan buku murid daripada pihak pentadbir, photostat helaian tersebut dan selitkan di dalam fail.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]