Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan untuk 41 jawatan Perkhidmatan Pendidikan
Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, salah satu item yang dinilai di dalam pbppp adalah keberhasilan. Keberhasilan ini merujuk kepada sasaran yang mahu dicapai oleh pegawai yang dinilai pada tahun tersebut.
Jika pegawai tersebut dapat mencapai hampir semua sasaran yang ditetapkan ataupun melebihi sasaran, dalam markah pbppp, pegawai tersebut layak mendapat markah penuh iaitu 4.
Bilangan sasaran ataupun minimun sasaran yang ditetapkan adalah berbeza mengikut pentadbiran sekolah dan pejabat pendidikan daerah. Ada sekolah yang menetapkan melebihi 30 sasaran dan ada sekolah yang menetapkan secukup maksimun 12-20 sasaran.
Borang keberhasilan ini dibincangkan sebanyak 3 kali iaitu pada permulaan, pertengahan dan hujung tahun. Pada pertengahan tahun, keberhasilan ini akan dinilai dan diberikan markah sama ada sudah terdapat sasaran yang dicapai ataupun ada sasaran yang perlu ditambah atau digugurkan.
Jika sasaran tidak dicapai, terdapat borang untuk memberi penjelasan kenapa sasaran belum tercapai di pertengahan tahun.
Perkongsian kali melibatkan contoh-contoh sasaran keberhasilan yang disediakan mengikut jawapan dan skop tugas pegawai perkhidmatan pendidikan PPP. Perkongsian ini mengandungi contoh bagi 41 jawatan di perkhidmatan pendidikan.
Antara jawatan yang terdapat ialah seperti pengetua/Gb, Penolong kanan, perkhidmatan pendidikan dalam hospital, pusat perkhidmatan pendidikan khas, jawatan di sekolah sukan seperti jurulatih, nazir sekolah, jawatan di bahagian teknologi pendidikan, jawatan di Institut Aminudin Baki, penolong pengarah JPN, jawatan di ppd, jawatan di matrikulasi dan jawatan di IPG.
Perkongsian ini melibatkan contoh sebanyak 57 muka surat dengan meliputi aspek pengurusan dan pdp.
Berikut merupakan contoh penulisan sasaran keberhasilan.
Contoh 41 penulisan sasaran keberhasilan perkhidmatan pendidikan
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]