Koleksi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah
Mesyuarat merupakan satu prosedur pentadbiran yang wajib dilakukan oleh setiap pengurusan sekolah. Selain itu, bermula tahun 2018, pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 2017 akan diaudit melalui skpmg2 oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Terdapat beberapa sebab dan alasan kenapa mesyuarat dan minit mesyuarat harus diurus dengan baik. Tujuannya adalah untuk memastikan segala keperluan mesyuarat disediakan selengkapnya dan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar, memastikan ahli-ahli yang dijemput hadir mendapat maklumat lengkap mengenai mesyuarat dan bersedia menyumbang idea, memastikan mesyuarat berfokus dan ahli-ahli yang hadir dapat berbincang secara produktif untuk membuat keputusan-keputusan penting dan memastikan segala keputusan dapat diedarkan kepada semua pihak terlibat, sama ada yang hadir atau tidak dengan segera untuk diambil tindakan.
Selain itu, pengurusan mesyuarat yang baik juga akan membolehkan pemantauan perkembangan sesuatu projek atau kerja yang diarahkan, sama ada telah dilaksanakan atau sebaliknya, menyediakan rekod sejarah yang sah dan tetap untuk rujukan pada masa hadapan, menyediakan rekod mengenai keputusan-keputusan dasar yang telah diputuskan, dan menjadi bukti untuk tujuan pengauditan dan mahkamah.
Antara kandungan dalam minit mesyuarat kurikulum sekolah adalah
Pengerusi turut menyentuh mengenai buku rekod mengajar kerana buku rancangan mengajar adalah dokumen penting untuk laporan penilaian prestasi guru-guru. Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang terkandung dalam buku rancangan mengajar seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, ranc angan pelajaran tahunan, takwim persekolahan, jadual waktu dan senarai nama pelajar.
Semua guru perlu mematuhi peraturan penyediaan dan penghantaran iaitu pada hari Jumaat minggu pertama selepas rehat. Penyediaan buku rancangan mengajar hendaklah mematuhi pekeliling ikhtisas bil.3/1999 KPM dan saranan Jemaah Nazir.
Perancangan pentaksiran perlulah dimasukkan ke dalam buku rekod mengajar. Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.Pengerusi mengingatkan penulisan refleksi perlu ditulis setiap kali setelah PdP berakhir
Berikut merupakan contoh minit mesyuarat kurikulum sekolah
Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua
Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Ketiga
Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama
Semoga bermanfaat kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]